Wednesday, December 15, 2010

Yahoo !!! STPM DAH HABIS...!


Aku berbangga dengan diri Ku sendiri kerana sudah ke penamatnya...
Siapa sangka walaupun banyak cabaran dan dugaan yang dilalui, Aku masih dapat meneruskan perjuangan hingga ke garisan penamat... Alhamdulillah... ^_^

Walaupun pada awal nak masuk ke Tingakatan 6 Rendah (2009)
gundah-gundala tidak terkata sampai rasa tak nak sambung belajar lagi.
Hak Hak Hak !!!

Entah mengapa sekarang rasa sedih pula nak tinggalkan Tingakatan 6 ini,
Terlalu berat hati ku hendak melangkah keluar dari Tingkatan 6,

Sebab.....
Aku merindui para guru ku yang sudi bertungkus-lumus
mencurahkan ilmu kepada kami semua,
Aku merindui gelagat-gelagat rakan kelas ku,
Aku merindui nak bergurau dengan guru ku.

Tambahan pula,
Cikgu-cikgu yang mengajar kelas kami semua sporting belaka,
boleh dibawa bergurau senda terutamanya Cikgu BM Kertas 2,
sebab Aku selalu bergurau senda sampaikan apa yang hendak
dia ajar kepada kelas kami tidak terajar olehnya.
NAKAL aku ini dan sebenarnya aku nie memang kaki sabotaj masa subjek BM ketas 2
hak hak hak...

Cikgu Hasmi, Cikgu Zuzana, Cikgu Maimunah,
Cikgu Azize, Cikgu Manan dan Cikgu Hamidi.
Terima Kasih Cikgu kerana sudi mendidik kami menjadi manusia yang berguna
Kami mendoakan agar Cikgu murah rezeki dan diberi kesihatan yang baik
|May Allah Bless You All|
^______________^

Tidak terlupa juga kawan-kawan kelas Aku semua satu kepala,
Gaduh macam mana pun, Bertekak macam mana pun, Bertikam lidah macam mana pun,
Kami tetap boleh saling memahami antara satu sama lain.
Jujur aku katakan, sepanjang aku menuntut ilmu di
SMK LABUAN selama 7 tahun ( 2004 - 2010 ) iaitu dari aku Tingkatan 1 - Tingkatan 6 Atas.
Ketika aku beradai di Tingkatan 6 lah( 2009-2010 )
Aku berasa sangat 'enjoy' dengan rakan sekelas ku.

*tidak bermaksud ketika aku bersama rakan-rakan ku di Tingkatan 1-5 tidak berasa 'enjoy'...
he he he he...!!!

| THIS IS THE END THE CHAPTERS OF MY LIFE |
| TODAY I WILL START A NEW CHAPTERS OF MY LIFE |


| Gambar Kelas Tingkatan 6 R/A Amanah 09/10 |
| My Classmate |
| I Will Miss You All |

p/s : memamg kebiasaanya lepas 'exam' saja kita mahu 'enjoy' puas-puas… tapi ingat ya…results tak keluar lagi…
jadi banyakkan buat perkara berfaedah, solat, jangan nak enjoy sangat... sebab sebarang kemungkinan akan berlaku jikalau kita buat perkara yang memudaratkan diri sendiri / keluarga / masyarakat... sebab semua perbuatan kita akan dibalas oleh Allah S.W.t...
walau bagaimanapun, semoga kita berjaya di dunia dan akhirat... Amin..!!!
^______^

Berakhirnya kehidupan ku sebagai seorang Pelajar !

Yahooo !!!
Aku dah merdeka, Aku dah bebas..
Tidak perlu Aku nak bangun awal pagi untuk ke sekolah...
Tidak perlu lagi Aku nak seterika uniform sekolah...
Tidak perlu lagi Aku memakai uniform sekolah
Tidak perlu lagi Aku nak bawa buku ke sekolah...
Tidak perlu lagi Aku menyiapkan latihan yang cikgu beri di sekolah...
Tidak perlu lagi Aku mengikuti perhimpunan pagi setiap hari di sekolah...
Tidak perlu lagi Aku berjumpa dengan orang sama saja di sekolah...
Tidak perlu lagi aku nak bertikam lidah dengan rakan sekelas di sekolah...

Tapi !!!
Aku akan merindui semua itu...!
Aku akan merindui guru-guru ku...!
Aku akan merindui rakan kelas ku...!
Aku akan merindui uniform sekolah ku...!
Aku akan merindui apa yang yang dipelajari sepanjang waktu di sekolah ku...!
Aku akan merindui untuk mengikuti perhimpunan pagi setiap hari di sekolah ku...!
Aku akan merindui di saat menyiapkan latihan yang diberi oleh guru kelas di sekolah ku...!

Eerrmmm.....
Apakah semua ini hanya pada rindu pada bayangan..?
Yang penting Aku tidak akan melupakan kenangan ku sepanjang Aku sepanjang bergelar sebagai seorang PELAJAR

| THIS IS THE END THE CHAPTERS OF MY LIFE |
| TODAY I WILL START A NEW CHAPTERS OF MY LIFE |


Wednesday, December 1, 2010

Rupanya......

Rupanya...........
Sedar tak sedar aku sedang menduduki peperiksaan STPM 2010 dan telah menduduki bagi kertas Pengajian Am 2, Bahasa Malaysia 2, Seni Visual 2 dan Sastera 1... Maknanya aku ada lagi 4 kertas untuk diduduki iaitu:


6/12/2010 - Seni Visual 1 dan Pengajian Am 1

8/12/2010 - Sastera 2 (Moden)

15/12/2010 - Bahasa Malaysia 1


Tak sabar rasanya nak habis exam ni... he he he :p

Errmmm.... berdasarkan 4 kertas yang telah aku duduki,
Alhamdulillah... Syukur kepada Illahi kerana aku dapat menjawab dengan hati yang tenang
dan aku sedar bahawa dari teknik aku menjawab jauh lebih baik berbanding peperiksaan
yang dibuat oleh pihak sekolah...
Alhamdulillah sekali lagi dan ini mungkin adalah berkat doa anda semua.
Terima kasih banyak-banyak kepada anda yang mendoakan...

Aku harap aku dapat memperoleh keputusan STPM yang cemerlang...
Aku inginkannya kerana aku mahu membanggakan
KELUARGA KU, GURU KU, SAHABAT KU
yang selama ini telah banyak mengajar aku menjadi manusia...
Insyaallah... :)

Im Back....

fuhhh~~~ lama gila tak update blog... kali terkahir update blog ni pun bulai Julai yang lalu hu hu hu...
Blog ni pun dah berhabuk... Bukan ada orang nak tolong bersihkan... haiz..!!! =.="""
Kalau dari bulan Julai aku tak update blog... dan baru sekarang bulan Disember baru nak update sudah pasti banyak aku nak celoteh ni... hak hak hak...
yalah, 5 bulan tak update, mesti banyak aktiviti yang saya terlibat dan peristiwa-peristiwa yang aku lalui hari demi hari... :p
tapi, cerita pun... bukan ada yang nak baca kan... :p