Sunday, August 21, 2011

Maafkan aku


Im very sorry
I really didn't mean it friends



Urrmm...
Aku tidak tahu bagaimana hendak memulakan bicara...

Apa-apapun, kepada sahabat-sahabat ku,
Aku dengan rendah hati memohon maaf jikalau telah membuat dirimu terluka, telah membuat dirimu kecewa dengan diri ku serta membuat diri kalian hilang kepercayaan kepada ku.

Aku sama sekali tidak punya niat untuk melupakan kawan-kawan ku terutamanya 'kau'. Aku sendiri terkejut lantas kecewa kerana 'kau' mengatakan aku telah melupakan dirimu hanya bersebabkan aku lama tidak menghubungi dirimu tapi sebenarnya bukan 'kau' sahaja aku lama tidak hubungi bahkan rakan-rakan ku yang lain dan mereka yang menghubungi diri ku.

Andai dirimu tahu...

Aku sebenarnya sukar untuk memulakan bicara mahupun pergaulan,
Aku sebenarnya rasa tidak selesa untuk memulakan sesuatu bicara mahupun pergaulan,
Aku sebenarnya tidak pandai melayan karenah, perasaan seseorang / sahabat lantaran takut aku melukakan hati mereka mahupun menganggu aktiviti yang mereka sedang lakukan...

Tapi...

Itu tidak bermakna aku sombong,
Itu tidak bermakna aku melupakan dirimu...

Ya, mungkin saja...

Aku sebegini kerana sifat rendah diri yang ada pada diri ku,
Aku sebegini kerana sifat malu aku kadang-kadang menguasai diri ku...


Sekali lagi, aku memohon maaf atas kesilapan diri ku

Aku sama sekali tidak berniat untuk melupakan sahabat-sahabat ku terutamanya dirimu..



During Our Friendship, There Will Be Times You Won't See Me Beside You, Don't Think I Left You Behind, I Just Choose To Walk Behind You So I Can Cath You When You Fall


Saturday, August 20, 2011

Im Gone...



Lidah terkelu mulut terkunci
Kaki terpaku langkah terhenti
Terdiam seribu bahasa lantaran menahan sejuta rasa

Rasanya sudah seminggu lebih aku tidak update blog. Hu hu hu..
Bukannya apa, aku sendiri tidak tahu mahu update pasal apa, sebab rutin harian aku sama saja setiap hari. Rehat, Tidur, Makan, Online... Ah ! tu jer ar kerja aku setiap hari. Best kan..? ha ha ha...

Entahlah, sejak semenjak nie, mood aku hilang, semua kerja aku malas nak buat. Apatah lagi mahu online lama-lama. Kalau dulu, berjam-jam aku boleh meng'online'kan diri, tapi sekarang, online tak sampai 10 minit. Lepas tu, aku tinggalkan komputer aku. Bukannya apa, kalau dulu aku online, ramai saja kawan-kawan aku online juga. Jadi, ada juga kawan yang boleh bawa berborak a.k.a chat. Tapi sekarang, satu per satu pergi membawa diri demi mengejar cita-cita dan mencari redha Ilahi menyebabkan kadang-kala aku tercari-cari dan ternanti-nanti mereka ini... By the way, All The Best to you all... :)

Apa-apapun, aku gembira kerana kamu sudah tahu apa yang kamu hendak lakukan dari aku yang masih teraba-raba dan tercari jalan manakah harus ku pergi, aku masih tidak dapat menentukan pilihan ku sendiri... :)

Apa-apapun... good luck k to all my friends...

Thursday, August 11, 2011

Ingatlah wahai pemilik 'rusuk'ku... :)



Jika kau memiliki cinta, kau mesti yakin akan cintamu. Cinta bukan perlu pembuktian. Cinta luhur datang dari hati yang suci. Justeru itu, cinta tidak pernah mengkhianati manusia. Sebaliknya manusialah yang seringkali merosakkan cinta. Cinta datang bukan hanya sekali. Ia datang tidak mengenal sesiapa. Cinta berlalu di depan mata sering tidak disedari, lantaran tidak pasti adakah itu cinta.

Cinta perlu dengan ungkapan. Jika terlambat kau akan kerugian. Bagai mendaki gunung yang tinggi. Kau harus berusaha samai ke puncak, walau penuh dengan dugaan. Namun, apa pun cabaran datang, kau harus menguatkan hati, tak mudah goyah, tak mudah tergoda dengan sekadar janji. Jangan mudah terpedaya dengan mulut manis. Kerana tidak semua manis itu ubat, dan tidak semua pahit itu racun. Yakinlah pada hati. Kerana hati lebih memahami siapa kita. Hati lebih dekat dengan kita. Jika cinta bertandang, janganlah mudah putus asa. Zahirkan kepada yang empunya Jangan terlewat kerana masa tidak pernah menunggu kita.

Apa yang penting dalam percintaan adalah 'kejujuruan'. Jujur adalah mahkota cinta. Jangan sekali diabaikan.
Jangan sekali dinodai.

Cinta adalah nikmat dan anugerah paling berharga yang dikurniakan-Nya. Cinta bukan zahir yang diharapkan tetapi adalah kesucian hati dan dan kejujuran. Pertahankan keindahan alam remajamu, jangan dinodai oleh titik-titik hitam yang boleh meninggalkan kesan yang panjang. Redha dan doa adalah senjata utama. Munajat kepada-Nya bermohon agar 'cinta, hati, dan jujur' sentiasa terpelihara, dibajai dengan penuh kasih sayang. Semoga ia sentiasa berkekalan.



"...wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan/lirikan senyuman, pada bicara manja yang menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Telah tercatat seungkap nama lelaki di luh mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu, jika kau tetap diatas jalan yang diredhai, insyaAllah si dia turut dijalan yang sama..."


"...sesungguhnya lelaki adalah pemimpin kepada wanita. Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa lelaki yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu, kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya & lelaki yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu. Lupakanlah segala kegundahan, teguhkan diri pada cinta hakiki nescaya cinta lelaki soleh turut kau miliki..."

Aku masih....


Urrmm...

Aku masih 'frust' sejak keputusan kemasukan ke ipta sesi akademik sesi 2011/2012 untuk program pengajian peringkat ijazah lantaran aku gagal mendapat tempat di mana-mana ipta. Namun, aku akur, aku redha segala ketentuan-Nya ke atas diri ku lantaran hanya Dia yang tahu jalan dan apa yang terbaik buat ku selepas aku berusaha dan berdoa. Aku percaya tak semua yang kita ingini dapat tapi tak mustahil kita akan mendapatkannya dan apa yang perlu cuma perlu lebihkan usaha, doa dan tawakal. Tambahan pula, bukankah ada pepatah menyatakan "kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan"... :)


Aku cuba melupakannya tapi...

Entah mengapa, walaupun aku tumpang gembira tapi kadang-kadang aku rasa cemburu melihat rakan-rakan ku yang berjaya mendapat tawaran ke universiti untuk program ijazah. Kadang-kadang juga, aku ingin merasakan kebahagiaan yang meraka rasakan sekarang atas kejayaan mereka mendapat tawaran ke ipta tapi apakan daya, aku hanya mampu menumpang kebahagiaan mereka sahaja... :)

Bukan itu sahaja, sekarang ini aku kalau boleh mahu mengelak dari berjumpa dengan guru-guru ku. Bukannya kerana aku melupakan guru-guru ku yang selama ini mencurahkan ilmu kepada ku tapi... aku segan, aku malu, aku kecewa dengan diri ku sendiri. Rasanya setiap kali aku terserempak dengan mana-mana guru ku, mereka akan tanya kepada diriku seperti ini :

Cikgu : Kamu dapat tawaran ke mana..? Kos apa..?
Aku : Saya tidak dapat mana-mana tawaran...

Cikgu : Jadi, apa plan kamu sekarang..? Ada buat rayuan tak...? Bila keluar..?
Aku : Buat sementara waktu ni, cuma tunggu rayuan dulu, dapat atau tidak belakang cerita. Keluar keputusan rayuan tu tak tahulah bila.
........

Apabila aku menjawab sedemikian, senyuman yang cikgu berikan hilang dalam sekelip mata. Ya, mungkin mereka kecewa atas kegagalan ku tidak mendapat tawaran ke IPTA kerana selama ini sebenarnya mereka yakin aku akan mendapat tempat di mana-mana ipta. Oleh sebab itu, aku sekarang ingin mengelak dari berjumpa mana-mana guru ku... tapi pernah hari tu, Cikgu 'Z' sendiri yang menelefon ku untuk bertanyakan khabar dan tanya pasal tawaran tersebut. Adeh, sayang juga cikgu tu dengan aku rupanya... ha ha ha :)

Owh ya... aku ingin berterima kasih kepada mereka yang telah memberi kata-kata semangat dan mendoakan kejayaan ku..

Sekarang ni, aku sudah merayu untuk kemasukan ke ipta
apa-apapun aku tidaklah meletakkan harapan yang tinggi agar aku dapat tawaran tersebut agar aku dapat sambung ke peringkat ijazah meski sebenarnya aku masih berharap sangat... ha ha ha... tapi aku akan terus berdoa agar mendapatkannya kerana aku punya cita-cita dan azam... :)



I have a 'dream' !


.




Tuesday, August 9, 2011

Bicara Cinta..?




Bicara Cinta


Bicara tentang cinta mesti rasanya remaja-remaja sekarang lebih ke depan untuk tampil berbicara tentang cinta, sehingga wujudnya variasi tentang cinta. Tapi jika ditanya apa erti sebenar cinta, apa mereka mampu memberikan penjelasan di sana. Rasanya tidak keterlaluan jika saya mengatakan sesetengah manusia hanya tahu melafazkannya, tapi apakah mereka betul-betul tahu takfrif dan erti cinta sebenar dan pernah merasai perasaan cinta itu atau hanya sekadar nafsu yang menguasai diri...? Jika 'Ya' memang apa yang kamu rasakan itu cinta, Alhamdulillah, mungkin memang sudah jodoh kamu dua yang sudah tertulis di Luh Mahfuz jauh sebelum bumi dan langit tercipta. Namun, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itulah jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunya hak untuk berbuat begitu. Bukankah kita sering melafazkan "...kalau sudah jodoh tidak akan ke mana..." dan "...cinta tidak selalu memiliki..." :)



"...Salahkah bercinta..."

Aku agak berminat untuk menjawab persoalan di atas. Sebelum itu, bukankah perasaan 'cinta' itu salah satu anugerah dan satu nikmat yang Allah kurniakan kepada hamba-Nya di muka bumi ini untuk saling menyayangi bukan saling membenci. Jadi, tiada salahnya untuk bercinta sebenarnya. Akan tetapi, Allah tidak mengurniakan perasaan itu sebegitu sahaja. Allah juga telah menciptakan peraturan cinta demi menjaga kehormatan diri dan kemuliaan cinta itu. Namun, kitalah (manusia) yang kerap sekali melanggar peraturan itu terutamanya bila menjalinkan hubungan cinta itu. Ingatlah, bercinta tanpa peraturan akan menjadi cinta terhalang yang akhirnya membawa padah kepada diri sendiri.


Peraturan cinta apa pula aku cakap ni..? Ada-ada saja aku ni kan... urrmm !

Oklah, aku jelaskan peraturan cinta yang aku maksudkan ialah:

-Hendaklah didasarkan kepada cinta Allah..
maksud..? Iringilah dengan niat untuk bernikah secara sah kerana pernikahan itu akan memudahkan lelaki dan wanita menyempurnakan agamanya.

-Tiada pergaulan bebas..

-Tidak berdua-duaan di tempat sunyi..

-Tidak mendedahkan aurat..

-Tidak meninggalkan perkara asas seperti solat, puasa dan lain-lain..


Paling melucukan apabila, ada sesetengah dari kita merungut tiada ertinya cinta kalau tidak keluar berdua-duaan (dating), bertelefon setiap masa (kan bagus masa kita bertelefon tu kita berdoa kepada Allah), ber'sms', berpegang tangan dan lain-lain. Hanya untuk merasakan ke'manis'an cinta yang akhirnya membawa padah. Ingatlah, bukan semua yang manis itu ubat dan tidak semua yang pahit itu
racun. :)

(hanya pandangan dan pendapat peribadi)
Ambil yang jernih jangan pula buang yang keruh.. yang keruh kita sama-sama berusaha untuk menjernihkannya... :)




Monday, August 8, 2011

Bercerita tentang puasa

Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah sekali lagi diberi nafas baru untuk hari ini
Moga hari ini lebih baik dari semalam dan moga ilmu dan amal meningkat
serta kita sentiasa berhirah ke arah yang lebih baik.
InsyaAllah...


Sedar tak sedar, sekarang kita sudah memasuki puasa hari ke-8 bersamaan 8 Ramadhan 1432H... Alhamdulillah
Semoga puasa kita diterima di sisi-Nya :)


Cerita tentang puasa
Alhamdulillah, belum bocor puasa ku lagi... he he he :)
Kalau mahu mengimbau kembali kenangan ku bulan puasa yang lepas
Terlalu banyak aku ingin cerita
Tapi biarlah cerita itu hanya menjadi sebahagian daripada 'kepingan-kepingan puzzle memori ku' :)

Sempena bulan ramadhan ini jom kita sama-sama melawat blog ini

Ya Allah, larangan apapun dari MU yang telah kulakukan pada tahun lalu sedang aku belum bertaubat darinya dan Engkau bersikap penyantun kepada ku padahal Engkau berkuasa untuk menghukum ku, Ya Allah sesungguhnya aku mohon ampun kepada MU dari segala dosa-dosa ku di tahun lalu. Kuatkanlah Iman Islam ku agar aku selalu berpegang teguh didalam keimananku kepada MU di tahun ini dan seterusnya...
Amin...

Duhai Ilahi
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti, paling berseri
menerangan kegelapan hati-hati kamu
menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasih sayang mu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Buat renungan bersama :
"...Andai ini Ramadhan terakhir buat kita..."

Sunday, August 7, 2011

Aku masih simpan ! :)


Nasib aku sungguh malang,

Aku berlari terlanggar palang,

Perang STPM kian menjelang,

Moga ilmu tidak menghilang


Bulan November sudah menjelma,

Hati terasa semakin merana,

Kita tahu STPM kian menjelma,

Tapi semangat kita entah kemana...


Jalan jalan ke rumah Cik Joyah,

Lama sudah tidak bertemu,

Jangan takut jangan goyah,

Inilah masanya nak tunjukkan ilmu...


Jangan takut buat biasa,

Kerana ilmu penuh di dada,

Petua kalau nak lulus periksa,

Minta dulu restu ayah dan bonda...


Ayah dan bonda pemangkin semangat,

Begitu juga guru dan rakan,

Kita harus berterima kasih sangat,

Atas tunjuk ajar yang diberikan...


Ada siapa nak berkenalan,

Boleh jalan berpegangan tangan,

Tiada apa buat bekalan,

Hanya doa sebagai iringan...


Kita semua tegar berusaha,

Demi menggembirakan orang tua kita,

Kalau usaha disertai doa,

Insyaallah pasti akan berjaya...


Anak menangis sungguh kesian,

Tangan digigit oleh sang lipan,

Para calon STPM sekalian,

Selamat berjuang demi masa hadapan...


Jalan-jalan pergi ke pekan,

Singgah sebentar di rumah pak kaduk,

Tiada apa yg dapat ku berikan,

Melainkan dengan ucapan "Good Luck"...



#teringat pula beberapa minggu sebelum stpm 2010..
orang lain sibuk study, aku sibuk berpantun dengan rakan facebook...
saja mau hilangkan stress... he he he.. =,=''
apa-apapun... kepada calon stpm 2011.. All The Best For You... :)