
Cinta perlu dengan ungkapan. Jika terlambat kau akan kerugian. Bagai mendaki gunung yang tinggi. Kau harus berusaha samai ke puncak, walau penuh dengan dugaan. Namun, apa pun cabaran datang, kau harus menguatkan hati, tak mudah goyah, tak mudah tergoda dengan sekadar janji. Jangan mudah terpedaya dengan mulut manis. Kerana tidak semua manis itu ubat, dan tidak semua pahit itu racun. Yakinlah pada hati. Kerana hati lebih memahami siapa kita. Hati lebih dekat dengan kita. Jika cinta bertandang, janganlah mudah putus asa. Zahirkan kepada yang empunya Jangan terlewat kerana masa tidak pernah menunggu kita.
Apa yang penting dalam percintaan adalah 'kejujuruan'. Jujur adalah mahkota cinta. Jangan sekali diabaikan.
Jangan sekali dinodai.

Cinta adalah nikmat dan anugerah paling berharga yang dikurniakan-Nya. Cinta bukan zahir yang diharapkan tetapi adalah kesucian hati dan dan kejujuran. Pertahankan keindahan alam remajamu, jangan dinodai oleh titik-titik hitam yang boleh meninggalkan kesan yang panjang. Redha dan doa adalah senjata utama. Munajat kepada-Nya bermohon agar 'cinta, hati, dan jujur' sentiasa terpelihara, dibajai dengan penuh kasih sayang. Semoga ia sentiasa berkekalan.

"...wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan/lirikan senyuman, pada bicara manja yang menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Telah tercatat seungkap nama lelaki di luh mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu, jika kau tetap diatas jalan yang diredhai, insyaAllah si dia turut dijalan yang sama..."
"...sesungguhnya lelaki adalah pemimpin kepada wanita. Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa lelaki yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu, kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya & lelaki yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu. Lupakanlah segala kegundahan, teguhkan diri pada cinta hakiki nescaya cinta lelaki soleh turut kau miliki..."
No comments:
Post a Comment