Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru... buat warga pendidik... :)

...Keranamu Guru...


Guru...


Kini aku telah dewasa

Sudah mengenal erti perjuangan

Sudah mengenal erti ketabahan

Sudah mengenal erti kejayaan

Sudah mengenal erti kegagalan


Hadirmu wahai guru mampu mengubah segalanya

Mengubah benih menjadi pulau

Mengubah api menjadi air

Mengubah tawar menjadi manis

Mengubah gelap menjadi terang

Mengubah duka menjadi riang

Mengubah hina menjadi mulia


Pendidik anak bangsa tercinta...

Kau sanggup menghulurkan tangan di kala aku terjatuh

Kau sanggup memimpin tangan kami bila aku mulai sesat

Kau sanggup mencurahkan ilmu tanpa mengira siapa anak didikmu

Pengorbananmu ibarat lilin yang menerangi kehidupan

Di kala kamu ikhlas berkorban demi anak bangsamu


Biarpun kau hanya mendidik ku hanya sementara

Tapi ilmu yang dicurahkan akan ku guna buat selamanya

Biarpun ku tahu kamu pernah kecewa atas kegagalan ku

Namun ku harap kau memaafkan ku

Ku harap kau merelakan dan mengertikannya


Hati ini berterima kasih kerana kau sudi berkongsi ilmu yang ada

Aku tidak akan melupakan segala pengorbananmu

Meski namamu tidak terpahat di ingatan ku

Namun ilmu yang kau berikan masih segar di hati ku

Kerana aku menghargai setiap apa yang berikan dalam hidup ku.


Hasil Nukilan : Mohammad Hairi Abdul Jamil


Aku tidak akan dan tidak akan mencuba untuk melupakan seorang guru yang pernah mendidik aku dari tadika hingga sekarang... kerana aku tahu tiada apa yang aku mampu berikan untuk membalas jasa guru-guru ku selain dari terus mengingati dan menjadi pelajar yang berjaya.... Terima kasih juga buat guru-guru yang sudi menjadi sahabat yang baik dalah hidu

p ku... :)


Terima Kasih tak terhingga buat yang mendidik insan ini:

Tadika Patau-Patau (1997)

Sekolah Kebangsaan Patau-Patau (1998-2003)

Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan (2004-2010)

Doaku untuk guruku...

"Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki"...

tanpa guru siapalah aku....

Akhir kata...

Terima Kasih Guru !








No comments:

Post a Comment