Thursday, August 11, 2011

Aku masih....


Urrmm...

Aku masih 'frust' sejak keputusan kemasukan ke ipta sesi akademik sesi 2011/2012 untuk program pengajian peringkat ijazah lantaran aku gagal mendapat tempat di mana-mana ipta. Namun, aku akur, aku redha segala ketentuan-Nya ke atas diri ku lantaran hanya Dia yang tahu jalan dan apa yang terbaik buat ku selepas aku berusaha dan berdoa. Aku percaya tak semua yang kita ingini dapat tapi tak mustahil kita akan mendapatkannya dan apa yang perlu cuma perlu lebihkan usaha, doa dan tawakal. Tambahan pula, bukankah ada pepatah menyatakan "kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan"... :)


Aku cuba melupakannya tapi...

Entah mengapa, walaupun aku tumpang gembira tapi kadang-kadang aku rasa cemburu melihat rakan-rakan ku yang berjaya mendapat tawaran ke universiti untuk program ijazah. Kadang-kadang juga, aku ingin merasakan kebahagiaan yang meraka rasakan sekarang atas kejayaan mereka mendapat tawaran ke ipta tapi apakan daya, aku hanya mampu menumpang kebahagiaan mereka sahaja... :)

Bukan itu sahaja, sekarang ini aku kalau boleh mahu mengelak dari berjumpa dengan guru-guru ku. Bukannya kerana aku melupakan guru-guru ku yang selama ini mencurahkan ilmu kepada ku tapi... aku segan, aku malu, aku kecewa dengan diri ku sendiri. Rasanya setiap kali aku terserempak dengan mana-mana guru ku, mereka akan tanya kepada diriku seperti ini :

Cikgu : Kamu dapat tawaran ke mana..? Kos apa..?
Aku : Saya tidak dapat mana-mana tawaran...

Cikgu : Jadi, apa plan kamu sekarang..? Ada buat rayuan tak...? Bila keluar..?
Aku : Buat sementara waktu ni, cuma tunggu rayuan dulu, dapat atau tidak belakang cerita. Keluar keputusan rayuan tu tak tahulah bila.
........

Apabila aku menjawab sedemikian, senyuman yang cikgu berikan hilang dalam sekelip mata. Ya, mungkin mereka kecewa atas kegagalan ku tidak mendapat tawaran ke IPTA kerana selama ini sebenarnya mereka yakin aku akan mendapat tempat di mana-mana ipta. Oleh sebab itu, aku sekarang ingin mengelak dari berjumpa mana-mana guru ku... tapi pernah hari tu, Cikgu 'Z' sendiri yang menelefon ku untuk bertanyakan khabar dan tanya pasal tawaran tersebut. Adeh, sayang juga cikgu tu dengan aku rupanya... ha ha ha :)

Owh ya... aku ingin berterima kasih kepada mereka yang telah memberi kata-kata semangat dan mendoakan kejayaan ku..

Sekarang ni, aku sudah merayu untuk kemasukan ke ipta
apa-apapun aku tidaklah meletakkan harapan yang tinggi agar aku dapat tawaran tersebut agar aku dapat sambung ke peringkat ijazah meski sebenarnya aku masih berharap sangat... ha ha ha... tapi aku akan terus berdoa agar mendapatkannya kerana aku punya cita-cita dan azam... :)



I have a 'dream' !


.




1 comment:

  1. sabar itu separuh daripada iman...masuk universiti bukan la satu2 nya pembuka jalan kearah kejayaan..kebanyakkan syarikat bertaraf kprat di malaysia pengasasnya tidak mempunyai pendidikan yang tinggi..tapi apa yang mereka miliki keazaman yang meninggi utk terus berjaya...so,tanamkan dalam diri rasa ingin berjaya..jangan biar seme 2 terkubur..mungkin 1 hari nanti kamu mampu mencetus kejayaan sendiri..insyaAllah..FIGHTING :))

    ReplyDelete